NOVEMBER 2022

GPS Perlu Suara Lebih Kuat Di Parlimen


SONG: Sarawak perlu menghantar lebih ramai wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi melindungi kepentingan dan hak Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, justeru calon GPS harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Jika GPS mempunyai lebih ramai ahli parlimen,  suara kami akan menjadi sangat kuat. Alexander (calon GPS yang juga penyandang Kerusi Parlimen Kapit) mesti diberi peluang untuk mewakili kami sekali lagi.

 "Beliau adalah seorang pemimpin  luar biasa yang sangat lantang bersuara untuk kami. Premier Sarawak  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan saya 

 sangat mengenali beliau (Alaxander) kerana hubungan kami yang lama.

 "Kami dalam GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) penuh yakin terhadap kepimpinan beliau (Alexander) serta pengerusi Agensi Pembangunan Rejang Atas (URDA)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jarup, Nanga Sempadi, Katibas, hari ini.

Katanya, penubuhan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) bukti jelas keprihatinan Kerajaan GPS yang diterajui Premier Sarawak terhadap pembangunan di kawasan luar bandar.

Pada majlis itu, Uggah turut menyampaikan geran daripada Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR) kepada pelbagai pertubuhan agama di bahagian itu.

Sumber dari : Jiwa Bakti